Cuba Try Test Teng0k

Selasa, 10 Mei 2011

nenek mati hidup semula...

kejadian berikut berlaku d Brazil di mana se0rang nenek yg telah disahkan meninggal dunia hidup kembali...seram k0t!!!

Seorang nenek yang sedang dalam proses untuk dikebumikan mengejutkan pekerja-pekerja di ruangan bilik mayat apabila ia didapati masih hidup di dalam kerandanya.

Maria das Dores da Conceicao, 88 kini dimasukkan kembali ke unit rawatan rapi hospital di hospital Municipal yang sebelum ini telah mengesahkan secara rasmi bahawa dia telah meninggal dunia beberapa hari yang lalu.

Pergerakan badan dan nafas rakyat Brazil itu dapat dikesan di dalam kerandanya, lantas dia dikejarkan semula ke bilik rawatan hospital bersama-sama kerandanya, di wad rawatan rapi yang merawatnya sebelum ini.


Cucu perempuannya Noeme Silva Amâncio, 31, merupakan antara ahli keluarga yang mula-mula sekali menyapa neneknya yang disifatkan sebagai "hidup kembali" setelah disahkan mati beberapa hari yang lalu.

Wanita itu memberitahu "Semasa saya sampai di pintu masuk ruangan kecemasan hospital, saya terpandang nenek di dalam kerandanya, di dalam kereta mayat. Saya nampak nenek bernafas dan mampu bergerak lebih cergas dari saat dia mula-mula dimasukkan ke hospital"

Pejabat Datuk Bandar berhampiran ibu negeri Belo Horizonte, telah mengesahkan bahawa pihak polis sedang melakukan penyiasatan terhadap kejadian ini untuk menjelaskan pakah sebenarnya yang berlaku kepada ahli keluarga nenek berkenaan yang disifatkan masih lagi terkejut.

Satu kenyataan dikeluarkan menjelaskan bahawa Mrs. Conceicao telah dimasukkan ke hospital pada hari Selasa lalu dengan sejarah perubatannya yang menunjukkan dia menghidapi sakit darah tinggi, arteri tersumbat dan Alzheimer's. Nenek tersebut dibawa ke hospital selepas mengadu sakit-sakit.

"Sejak hari selasa 22 Disembar lalu, pesakit ini tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dia masih hidup"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan