Cuba Try Test Teng0k

Rabu, 4 Mei 2011

Besaq susah kuruih p0n salah..pe cert??

Malissa Jones (21) ialah penerima pembedahan pemintasan gastrik (gastrick bypass)termuda di Britain 4 tahun yang lalu. Pada ketika itu beliau dikatakan remaja wanita tergemok Britain dengan berat maksima 216 kilogram. Dengan bantuan National Health Service, Malissa diberikan pembedahan bernilai GBP 10 000 itu dengan harapan beliau dapat mengurangkan berat badannya. Sebelum pembedahan Malissa akan makan sehingga 15 000 kalori sehari sedangkan untuk gadis sebaya beliau pengambilan kalori yang disyorkan hanyalah 2000.

Selepas menjalani pembedahan Malissa mengalami pengurangan berat yang mendadak. Bila sudah kurus sedikit dia mula berjinak-jinak dengan dunia clubbing. Beliau juga berjimak-jimakdengan teman lelakinya Chris Robottom (22) sehingga termengandung macam minah rempitz. Walaupun berbadan 3 (bad joke) Malissa mengamalkan diet extreme sebanyak 300 kalorisehari sahaja. Enam bulan kemudia bayi yang dikandunginya terpaksa dilahirkan secara pembedahan kerana komplikasi ketika mengandung. Malangnya bayi tersebut mati kerana ketika didalam kandungan beliau tidak menerima zat sepenuhnya kesan dari diet melampau Malissa.


Selepas kematian anaknya Malissa menjadi semakin murung. Menu harian beliau kini ialah potongan lobak, sayur rebus dan potato. Badan beliau semakin menyusut dan doktor kini mengesahkan dia mengidap ANOREKSIA pula. Jika dulu doktor memberitahu beliau yang berat badan melampaunya boleh membawa maut, kini doktor mengingatkan beliau yang diet extreme beliau ini juga akan membawa maut. Berat beliau kini ialah 50 Kg dan bagi gadis berketinggian 5 kaki 8 inci ini diangap dibawah berat normal.

Malissa ketika ditemubual berkata dia menyesal mengambil jalan mudah iaitu menggunakan pembedahan pintas gastrik. Beliau berkata kini perutnya asyik sakit keran kesan sampingan pemebedahan tersebut. Bila makan sedikit pun beliau merasa sakit. Kesian pulak budak ni

So what do we learn from this story? Tidak salah menjadi Obepig asalkan tidak anoreksia nervosa. Biar gemok asal tidak jadi macam Malissa Jones. HAHAHAHHA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan