Cuba Try Test Teng0k

Isnin, 25 April 2011

Mia Sara

pelakon cilik yang comel dan sekarang dah mula pandai berposing depan kamera. Ada bakat si comel ini untuk jadi bintang pelapis bila besar nanti. Tengoklah gaya-gaya santai dengan pakaian kasual dan feminine rock dari Mia Sara kat bawah ni.

Selain sibuk dengan jadual lakonan Papa I Love You, Mia Sara tak lupa untuk ke sekolah.



Mia Sara akan bergandingan dengan pelakon Ogy Ahmad Daud dan Nasir Bilal Khan dalam sebuah telemovie yang pasti gempak giler. Tajuk drama ni ialah Berpaling Dari Jannahmu. Jannah di sini bermaksud syurga ya tuan puan. 

Ianya mengisahkan sorang ibu yang agak cerewet dan amat mementingkan kesempurnaan sehingga menyebabkan anak kesayangannya terkorban. Sah-sah, Mia yang akan memegang watak sebagai anak. Kesiannya watak Mia ni terkorban. Tapi itu bukan spoil kerana drama ini masih panjang ceritanya.

Nak tengok pengakhiran cerita. Kenala tonton Astro Prima pada 20 Mei ini jam 10 malam, hari Jumaat.
Drama ini banyak pengajaran sebenarnya. Kita kena berhati-hati dengan apa yang diminta kerana doa seorang ibu mungkin dimakbulkan oleh Tuhan. 

Jadi, secara tak langsung drama ini memberi pengajaran dan peringatan kepada seorang ibu, bahawa kasih sayang ibu tidak semestinya sempurna. Tetapi tidak akan ada kasih sayang sesempurna kasih seorang ibu kepada anaknya.



2 ulasan: