Cuba Try Test Teng0k

Ahad, 24 April 2011

Kaitan FB Dengan CIA..( biaq benaq)


Artikel 1

 CIA menggunakan fb sebagai alat untuk mengumpul maklumat, dengan adanya sistem fb ini, mereka dapat mengumpul maklumat terperinci dengan mudah sekali terutama melalui application relatives dan lain-lain. Jadi anda pengguna fb, pastikan anda tidak meletakkan maklumat yg betul. CIA adalah skuad kanan Illuminati!
Segala maklumat yang anda tulis di facebook adalah milik mereka! Mereka berhak menggunakan maklumat anda sesuka hati mereka! Yang bestnye segala maklumat anda di masukkan ke database CIA.

Tengok video di bawah.



Mula-mula sekali gambar kita akan jadi hak mereka (facebook) mereka boleh menjual dengan apa jua harga mereka mahukan. Bukan itu saja, ada juga application yang di anggap bahaya yang meminta anda memasukkan maklumat-maklumat sulit seperti no kad kredit dan sebagainya, ini adalah satu teknik untuk mereka mencabul maklumat privasi pengguna.

Lagi menarik, kebanyakkan aplikasi yang dibina adalah lebih dari sekadar mencuri maklumat, tapi mereka juga mengkaji psikologi manusia melalui aplikasi permainan dan kuiz. Mereka cuba mendapatkan pattern sebagai contoh, bagaimana ramai manusia berfikir sekarang, adakah mereka berfikiran sama atau masih ramai lagi yang contra . Jika anda pengguna facebook yang aktif, sila lebih berhati-hati kerana konspirasi ini melibatkan satu dunia, dan ia cara termudah untuk mereka membuat penyelidikan dengan kos yang minimum.

artikel 2


p/s: cuba kira berapa pic profile yg ada? 13 kan? their fav number

Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti Myspace, Friendster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan terutamanya kawan lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang ingin dikongsikan. Laman web sosial sekarang tak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapatkan satu akaun bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Jadi, sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai FACEBOOK.

Sebenarnya ada sebahagian DARK SIDE yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook.Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah lihat dan terus melihat. Jika ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan. Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang FACEBOOK? Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak CIA? Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime them want!Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab "nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita...senang dan mudah sikit!". Malang sekali, bukan itu yang berlaku.

Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap FACEBOOK, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang FACEBOOK letak dalam web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya. Sama-sama kita renungkan apakah yang diperkatan dalam FACEBOOK's terms of service: ULASAN:1. Cuba bayangkan! - FACEBOOK yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA. Bagi pengguna kebanyakkan (mereka yang bukan extreme) mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai "title" sebagai "professional" seperti seorang doktor, peguam, Professor, scientist dan yang seumpamanya. Inilah mangsa CIA yang sebenar.2. Mengapa? - Kerana sama ada kita percaya atau tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butiran mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu kalah dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi.3.

Bukankah ianya privacy diri sendiri? - Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?. Semua data dimasukkan adalah data-data mengenai achievement diri dimasukkan. Alamat, no h/p, rumah, pejabat, kerja, pendidikan, daily schedule dan lain-lain dimasukkan. Bayangkan semua ini akan dijadikan sebagai data statistik untuk digunakan pada masa hadapan.4. Marahkah kita? - Kita marah bila orang mengambil tahu pasal kita, kita marah bila orang mencungkil privacy kita, tapi kita tidak sedar yang kita telah berikan semuanya dalam facebook kita. Kalau nak ikut cakap kasar:"Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu dimana golongan bijak pandai di Malaysia ini tinggal. Sebelum dia serang, mereka akan bunuh dulu golongan bijak pandai ini, tiada apa yang tinggal.

Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun berada dalam tangan mereka"5. Fakta - FACEBOOK telah ditampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD 12.7 juta telah dilaburkan ke dalam FACEBOOK oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Jika kamu hendak tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG disebalik laman web sosial ini, boleh lihat clip
 http://www/. youtube.com/watch? v=mCGSYWd1HOI& feature=related .
6. Peranan CIA - Selain daripada menjadikan FACEBOOK sebagai cara untuk mendapatkan data dan maklumat, pihak CIA juga merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr. Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari DARK SIDE ini. Dr. Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.

KESIMPULAN:Bersosia l di laman web seperti FACEBOOK ini tidak salah, malah bagus bahkan kita boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan fakta-fakta yang menjadi privasi diri sendiri. Jangan mudah kita memberikan maklumat yang penting. Maklumlah, rakyat Malaysia cepat terpengaruh dengan benda yang PERCUMA sebegini. Bukan nak mengata diri sendiri, tetapi telahpun terbukti. Kalau tidak percaya, pergilah ke laman web Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan Israel itu! Jawapannya mudah ialah Rakyat Malaysia, tidak syak lagi.APA YANG PERLU KITA BUAT? - Bagi mereka yang sudah menjadi ahli FACEBOOK dan sudah memasukkan data peribadi. Senyum sajalah. Bagi mereka yang belum mendaftar, berhati-hati.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
P/s
FACEBOOK adalah pedang musuh yg bermata dua ... dia boleh membunuh kita, dan kita boleh merampasnya membunuh mereka kembali ...


Ingat Pesanan Allah " Demi masa manusia dalam kerugian ... pastikan kita tidak dirugikan dlm menggunakan masa dalam facebook. jadikanlah facebook senjata makan tuan ... (Jews /Dajjal).anda sendiri fikirkan macam mana...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan